1 Hukum D-M bermaksud hukum tentang cara kata-kata disusun supaya dapat membentuk frasa nama yang lengkap dan sempurna.
2 “D” bermaksud unsur yang diterangkan manakala “M” pula bermaksud unsur yang menerangkan.
3 Mengikut Hukum D-M:
(a) unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadar di kedudukan pertama;
(b) unsur yang menerangkan merupakan unsur penerangyang hadar di kedudukan yang kedua.
4 Lihat penjelasan tentang Hukum D-M dalam jadual yang berikut.
Diterangkan (D)
|
Menerangkan (m)
|
budak
lori
kaki
kertas
guru
sos
|
perempuan
tangki
lima
kerja
Sains
tomato
|
5 Oleh itu, penggunaan frasa nama yang susunannya bertentang dengan Hukum D-M hádala salah. Perhatikan penerangan di bawah ini.
Frasa Nama (salah)
|
Frasa Nama (betul)
|
jeruk betik
mini panggung wayang
Wawasan Wisma
belacan sambal
goreng ikan bilis
kambing susu
Kim Rumah Tumpangan
Malaya Universiti
Negara Zoo
|
betik jeruk
panggung wayang mini
Wisma Wawasan
sambal belacan
ikan bilis goreng
susu kambing
Rumah Tumpangan Kim
Universiti Malaya
Zoo Negara
|
Kuala Lumpur Menara
tarik teh
campur air batu
Wong Bengkel Kereta
api kereta ekspres
|
Menara Kuala Lumpur
teh tarik
air batu campur
Bengkel Kereta Wong
kereta api ekspres
|
Kekecualian Hukum D-M
1 Terdapat frasa nama yang terkecuali daripada mengikut Hukum D-M oleh sebab kebiasaan dalam penggunaannya.
2 Kebanyakan frasa nama itu berkaitan dengan nama-nama jawatan seperti yang berikut:
Diterangkan (D)
|
Menerangkan (m)
|
Perdana
Timbalan
Ketua
Naib
pembantu
ibu
|
Menteri
Menteri
Menteri
Presiden
makmal
pejabat
|
Frasa Nama yang Bebas Susunannya
1 Sesetengah frasa nama seolah-olah salah susunannya kerana tidak mengikut Hukum D-M. Contohnya:
* lembu susu atau susu lembu
* telur ayam atau ayam telur
* daging lembu atau lembu daging
2 Sebenarnya, semua bentuk frasa nama di atas adalah betul kerana frasa-frasa nama itu adalah bebas dari segi susunannya.
3 Hal ini demikian kerana setiap frasa nama itu mempunyai makna yang khusus seperti yang berikut:
• lembu susu ialah lembu yang diternak untuk menghasilkan susu
• susu lembu ialah susu yang dihasilkan oleh lembu
• telur ayam ialah telur yang dihasilkan oleh ayam
• ayam telur ialah ayam yang diternak untuk menghasilkan telur
• daging lembu ialah isi pada badan lembu
• lembu daging ialah lembu yang diternak untuk mendapatkan dagingnya




