Thursday, 25 June 2015

Hukum D-M


1    Hukum D-M bermaksud hukum tentang cara kata-kata disusun supaya dapat membentuk frasa nama yang lengkap dan sempurna.
2    “D” bermaksud unsur yang diterangkan manakala “M” pula bermaksud unsur yang menerangkan.
3    Mengikut Hukum D-M:
      (a) unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadar di kedudukan pertama;
      (b) unsur yang menerangkan merupakan unsur penerangyang hadar di kedudukan yang kedua.
4    Lihat penjelasan tentang Hukum D-M dalam jadual yang berikut.
Diterangkan (D)
Menerangkan (m)
budak
lori
kaki
kertas
guru
sos
perempuan
tangki
lima
kerja
Sains
tomato

5    Oleh itu, penggunaan frasa nama yang susunannya bertentang dengan Hukum D-M hádala salah. Perhatikan penerangan di bawah ini.

Frasa Nama (salah)
Frasa Nama (betul)
jeruk betik
mini panggung wayang
Wawasan Wisma
belacan sambal
goreng ikan bilis
kambing susu
Kim Rumah Tumpangan
Malaya Universiti
Negara Zoo
betik jeruk
panggung wayang mini
Wisma Wawasan
sambal belacan
ikan bilis goreng
susu kambing
Rumah Tumpangan Kim
Universiti Malaya
Zoo Negara
Kuala Lumpur Menara
tarik teh
campur air batu
Wong Bengkel Kereta
api kereta ekspres
Menara Kuala Lumpur
teh tarik
air batu campur
Bengkel Kereta Wong
kereta api ekspres

Kekecualian Hukum D-M

1    Terdapat frasa nama yang terkecuali daripada mengikut Hukum D-M oleh sebab kebiasaan dalam penggunaannya.
2    Kebanyakan frasa nama itu berkaitan dengan nama-nama jawatan seperti yang berikut:
     
Diterangkan (D)
Menerangkan (m)
Perdana
Timbalan
Ketua
Naib
pembantu
ibu
Menteri
Menteri
Menteri
Presiden
makmal
pejabat

Frasa Nama yang Bebas Susunannya

1    Sesetengah frasa nama seolah-olah salah susunannya kerana tidak mengikut Hukum D-M. Contohnya:
            * lembu susu atau susu lembu
            * telur ayam atau ayam telur
            * daging lembu atau lembu daging
2    Sebenarnya, semua bentuk frasa nama di atas adalah betul kerana frasa-frasa nama itu adalah bebas dari segi susunannya.
3    Hal ini demikian kerana setiap frasa nama itu mempunyai makna yang khusus seperti yang berikut:
      •  lembu susu  ialah lembu yang diternak untuk menghasilkan susu
      •  susu lembu ialah susu yang dihasilkan oleh lembu
      •  telur ayam ialah telur yang dihasilkan oleh ayam
      •  ayam telur ialah ayam yang diternak untuk menghasilkan telur
      •  daging lembu ialah isi pada badan lembu
      •  lembu daging ialah lembu yang diternak untuk mendapatkan dagingnya

No comments:

Post a Comment